Ahad, 26 April 2009

pindah office..

Minggu ni.... Isnin hingga Khamis sibuk dengan urusan perpindahan office mama dari putrajaya ke cyberjaya, urusan kerja stop kejap seminggu melainkan kalau ada jemputan mesyuarat kena pegi la.... waaaa selamat tinggal putrajaya..

Isnin, 20 April 2009

Temuduga HLP..

Hari nih 21 April 2009, pagi mama ada interview HLP for master year 2010 kat PICC. Pewh.... susah nya soalan panel tanya... memang tak leh jawab lew.. harr. Lagi satu memang mama kurang buat preparation...ntahlah memang tak nak bagi agaknya...... rasa macam tak de harapan nak dapat jer.... bapak jer lah pegi blaja, kalau dapat study oversea mama CTG le nampaknya. Petang nanti turn bapak plak interview.... banyak tips dah mama beri.... moga-moga berjaya. InsyaAllah.... Good Luck sayang.

ok ni antara perkara-perkara yang yang mama ingat panel tu tanya pasal :
1. teoritikal framework
2. conceptual study
3. underlying teori
4. metodologi kajian
5. kualitatif & kuantitatif
6. Hipotesis nul & apa ntah
7. Penyata masalah
8. Kaedah Analisis
9. about U pilihan dan pembelajarannya

Ahad, 19 April 2009

Birthday baby 1 tahun...

Sabtu 18 April 2009 birthday baby, dah satu tahun dah anak mama nih..... baru nak pandai berdiri. Demam baby tak kebah lagi, malam tu Adik plak demam, sian adik.... merengek jer nak bawak, mama & bapak kenalah berjaga malam sebab nak jaga adik ngan baby.

Hari sabtu tak sempat nak beli birthday cake baby, so Ahad malam, bapak & kakak pg kedai kek beli cheese cake. Kita sekeluarga sambut birthday baby tapi kakak-kakak bijak comel yang tiup lilin dan tolong potong kek.... Happy birthday baby....

Khamis, 16 April 2009

Kakak 1++ tahun....


Kakak kat office mama... tunggu mama balik kerja.
Adik dalam perut mama masa tu...

Kakak dan Adik 2006



Tahun 2006 Adik lahir... umur kakak masa tu baru masuk 2 tahun..

Detik Bahagia Mama & Bapak..







Pada 21 Disember 2003

Catatan Jumaat, 17 April 2009...

Hari ini mama buat blog untuk anak-anak mama baca bila besar nanti. Sebelum ni pun mama ada buat blog diary tapi baru satu catatan mama lupa password, so tak boleh nak sign-in.

Mama juga ada buat blog koleksimama untuk mama simpan artikel berguna sebagai panduan dalam hidup. Semua artikel berkaitan dengan dunia mama. Dah besar nanti bolehla baca.

Hari mama start buat yang baru... ok kita start dengan bapak, hari ni bapak exam PTK4. Good Luck Sayang, dah seminggu lebih bapak PTK, hari nih last, boleh lah bapak relaks skit main ngan anak-anak. Pagi tadi bapak dah bawak set golf dia, lepas exam nak main golf ler tu..... Next week kita sama-sama interview HLP untuk buat master plak....

Semalam 1st day kakak mengaji, ustazah kata kakak dah pandai baca Ikraq sampai hurif Jim, bijak anak mama nih. Adik plak nak ikut kakak pg mengaji, sibuk gak nak pakai tudung.... comel anak mama ni... baby demam, semalam mama EL nak jaga baby, nak pandai jalan agaknya anak mama nih, 18hb nanti dah setahun umur baby..sayanng budak kecik nih..