Khamis, 16 April 2009

Catatan Jumaat, 17 April 2009...

Hari ini mama buat blog untuk anak-anak mama baca bila besar nanti. Sebelum ni pun mama ada buat blog diary tapi baru satu catatan mama lupa password, so tak boleh nak sign-in.

Mama juga ada buat blog koleksimama untuk mama simpan artikel berguna sebagai panduan dalam hidup. Semua artikel berkaitan dengan dunia mama. Dah besar nanti bolehla baca.

Hari mama start buat yang baru... ok kita start dengan bapak, hari ni bapak exam PTK4. Good Luck Sayang, dah seminggu lebih bapak PTK, hari nih last, boleh lah bapak relaks skit main ngan anak-anak. Pagi tadi bapak dah bawak set golf dia, lepas exam nak main golf ler tu..... Next week kita sama-sama interview HLP untuk buat master plak....

Semalam 1st day kakak mengaji, ustazah kata kakak dah pandai baca Ikraq sampai hurif Jim, bijak anak mama nih. Adik plak nak ikut kakak pg mengaji, sibuk gak nak pakai tudung.... comel anak mama ni... baby demam, semalam mama EL nak jaga baby, nak pandai jalan agaknya anak mama nih, 18hb nanti dah setahun umur baby..sayanng budak kecik nih..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan