Isnin, 25 Mei 2009

Catatan 26 Mei 2009...

Hari ini Selasa, malas rasanya nak start keje balik lepas seminggu lebih tinggalkan office.... lega rasanya PTK dah abis, cuma tinggal assignment nak kena hantar b4 8 Jun 2009....

macam-macam berlaku sepanjang seminggu lepas... pertamanya nenek dari Kuching datang, lepas tu Uda plak datang..... seronok anak-anak mama ada orang datang umah....nenek kata nanti 29hb atok plak nak datang dan 8hb anjang datang ada keje kat putrajaya. Wah... meriahnya rumah....

hari ahad malam kita melawat nek ngah kat hospital annur, katanya ada kolestrol block kat leher, so darah tak sampai kat kepala,... tu yang pusing kepala... hari ni nek ngah telefon kata dia dah nak kuar hospital.... ok lah tu....lepas kita balik rumah, baby plak demam panas, suhu tinggi 39.7c.... cepat2 mama & bapak bawak pg klinik... doktor nasihatkan masuk ward... tapi kami nak jaga sendiri sebab doktor dah bagi ubat, mandikan dan suhu pun dah kurang. So, hari isnin mama EL sebab nak jaga Baby, sian budak kecik nih... alhamdulillah baby sihat, dapatlah mama pergi kerja hari nih.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan