Ahad, 26 Julai 2009

Catatan 27 Julai 2009....

Isnin, 27 Julai 2009..... lamanya mama tak sempat menulis dalam blog nih.... yang mama ingat, 17hb malam, kita balik kg. , hari Ahad baru balik.... balik kali nih, buah rambutan n pulasan tengah ranum.... so apalagi bungkus bwa balik banyak-banyak n bagi kat nenek belakang umah sikit.... benda lain yang dibungkus setiap kali balik kampung, macam biasalah limau sambal, serai, kunyit, cili, daum kesum.... benda yang nenek tak habis makan dan mama rasa rugi kalau beli..... hehehe....

Kelmarin, Sabtu.... kita pegi Mid Valley, bapak beli baju baru.... mama dah tak larat nak tengok barang.... pastu jumpa Uda, keja kat situ, seronok lah budak2 kalu jumpa mak/bapak sedara.....

Hari nih.... ada majlis perjumpaan Dato' Sri Najib dengan kakitangan awam di PICC, Putrajaya... mama jadi Pegawai Pengiring (LO) Dato' Seri Hishammuddin... pagi-pagi lagi mama dah keluar..... dapatlah jumpa menteri2 dan menteri besar secara dekat.... so, adalah sikit sumbangan yang boleh diisi dalam borang LNPT hujung tahun nanti....

1 ulasan:

  1. seronok la ko..selalu jumpa org2 besar..senang la sikit nanti

    BalasPadam